Dalam laporan tersebut juga menyatakan, Selamet Riyadi,16, dan pasangannya, Rohaya Kiagus Muhammad Jakfar, 71, mengugut untuk membunuh diri jika keluarga kedua-dua belah pihak tidak mahu merestui perhubungan mereka.
Ketua Polis Lengkiti Ipda Ahsum, mengesahkan perkahwinan itu berlaku di wilayah Polsek Lengkiti.
"Pernikahan ini terjadi atas sokongan masyarakat setempat kerana pasangan ini mengancam akan membunuh diri bersama-sama jika pernikahan mereka dilarang," katanya.
Bagaimanapun, Selamet dilihat berasa tergugat dengan perkahwinannya itu. Dalam satu temuramah, Selamet mengaku yang dia akan mengurung isterinya di rumah apabila dia keluar.
"Saya kurung dia sebab saya bimbang ada lelaki lain yang akan masuk ke rumah bilamana saya keluar membeli mee atau rokok. Tetapi apabila saya pulang, saya akan bukakan pintu.
"Rasa cemburu saya memang terlalu tinggi. Ini kerana saya sayangkan dia.
from The Reporter http://ift.tt/2ug3dlI
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2veEUSL
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment