PULAU PINANG - Individu yang mendakwa dikenakan bayaran mahal bagi untuk semangkuk bihun sup di sebuah kedai di Kepala Batas, Pulau Pinang, 10 Julai lalu dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kedai tersebut, lapor mStar Online.
Aswan Chik berkata, tindakan itu diambil untuk membersihkan namanya yang sebelum ini didakwa oleh pemilik kedai berkenaan bahawa dia berniat tidak jujur dan cuba menganiaya perniagaaan mereka.
"Apa yang dinyatakan di media adalah tuduhan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata. Mereka mendakwa saya makan bersama tiga orang anak, tetapi kami hanya makan berdua (dengan isteri)," katanya.
"Kami order air teh o ais hanya dua gelas dan air kosong dua gelas. Tetapi dia beri kenyataan dalam akhbar, kami berbohong. Malah dia kata kami order lima gelas teh o ais. Bermakna dia dah curi duit kami secara jahat sebanyak tiga gelas air teh o ais.
"Dia kata bihun supnya berharga RM5 hingga RM30. Untuk pengetahuan semua, kami hanya order bihun sup biasa. Sudah semestinya ia berharga RM5 sahaja. Di sini peniaga dah mencuri duit kami secara jahat sebanyak Rm17," katanya di Facebooknya pada 12 Julai.
Katanya lagi, penggunaan gambar dan namanya di yang disiarkan di sebuah akhbar tempatan secara jelas telah menjatuhkan maruah dan mengaibkan dirinya kerana dianggap sengaja ingin menjatuhkan imej kedai tersebut.
Ekoran itu, Aswan telah membuat aduan secara rasmi di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang jam 3 petang tadi.
Aswan juga mendakwa peniaga itu sengaja ingin memperdaya pelanggannya walaupun harga makanan sudah ditanya terlebih dahulu. Namun mereka mengelak untuk memberitahu harga sebenar.
"Bihun sup yang dihantar hanya bihun sup biasa dan bukannya bihun sup daging atau tulang seperti yang didakwa.
"Peniaga gagal mempamerkan tanda harga makanan dan mengemukakan resit selepas diminta," katanya kepada mStar Online.
Berita berkaitan:
from The Reporter http://ift.tt/2vk1zNg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2sWVHc3
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment