loading...

Thursday, 3 March 2022

'Saya minta maaf, mungkin saya bertindak di luar jangkaan' - Wan Nor Baizura


Tular di media sosial baru-baru ini video menunjukkan seorang wanita memarahi pekerja di sebuah kedai serbaneka, 7 Eleven, kerana tidak berpuas hati anak lelakinya dituduh mencuri. 


Wan Nor Baizura yang didorongi perasaan marah, datang berdepan dengan pekerja premis itu dan beberapa kali menegaskan bahawa anaknya tidak mencuri kerana dia tidak pernah mengajar serta percaya anaknya tidak akan berbuat demikian walaupun mereka berasal dari keluarga sederhana.


Insiden itu turut disiarkan secara live melalui akaun TikTok dan Wan Nor Baizura menjelaskan dia berbuat demikian kerana mahu memberi pengajaran kepada yang lain bagaimana kakitangan premis itu menangani isu kecurian.




Dalam masa yang sama, anaknya mengamuk lalu melemparkan barang jualan dan menendang kaunter beberapa kali sambil menangis teresak-esak kerana bengang dituduh mencuri. Biarpun telah ditahan oleh ibunya, anak kecil itu mengulangi perbuatannya tanpa rasa bersalah. 


Pekerja premis pula menjelaskan, mereka tidak menuduh kanak-kanak itu mencuri. Sebaliknya menuduh kanak-kanak lain yang mencuri ketika datang bersama dengan anak Wan Nor Baizura pada hari kejadian. Malangnya, penjelasan itu tidak diendahkan dan si ibu mendesak mereka membuat laporan polis sekiranya benar anaknya mencuri. 


"Pergi balai polis! Anak aku takkan ambik hak orang. Dia (anak) kata kamu buka CCTV dan kamu tuduh dia! Saya tak ajar anak saya mencuri," katanya.


Dalam video kedua, Wan Nor Baizura sekali lagi datang ke premis tersebut dan kali ini dia memohon maaf kepada pekerja terbabit di atas perkara yang telah berlaku. Ini kerana dia terkesan dengan kecaman netizen setelah video itu viral di media sosial.


Semenjak viral itu viral, netizen mengecam wanita terbabit yang dikatakan langsung tidak memberi ruang kepada pekerja kedai serbaneka itu untuk memberi penjelasan, selain tidak menghalang tindakan anaknya yang dilihat tidak wajar. 


Kesal dengan kejadian itu, Wan Nor Baizura memohon maaf secara live kepada pekerja premis tersebut yang menerima kemaaafannya. Dia juga berharap perkara itu tidak dipanjangkan lagi dan akan menarik balik laporan polis yang telah dibuatnya sebelum ini. 


Mengenai kes kecurian yang berlaku, Wan Nor Baizura menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.  



"Saya minta maaf, mungkin saya bertindak di luar jangkaan, penat, dengar pula orang kata anak saya mencuri tetapi mereka kata tak. Tak apa, saya boleh terima," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/1LSlagh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/Rx546rA
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...