loading...

Monday, 14 March 2022

'Patutnya stesen TV panggil pekerja 7E, bukannya Kak Long' - Kecoh netizen tak puas hati Kak Long dijemput ke program TV Alhijrah

Foto PU Amin


Stesen TV Alhijrah sejak malam tadi dikritik netizen kerana menjemput seorang wanita yang pernah viral di media sosial kerana kes kekecohan di sebuah kedai serbaneka di Dungun, sebagai tetamu undangan bagi program terbitan stesen itu. 


Wan Nor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long sebelum ini dikritik netizen kerana melakukan kekecohan di kedai 7 Eleven dan restoran makanan segera yang turut membabitkan anak lelakinya. Bagaimanapun, kes di 7 Eleven telah pun selesai selepas kedua-dua pihak bermaafan. 


Tetapi dalam isu terbaru ini, netizen tidak berpuas hati dengan tindakan TV Alhijrah menjemput Kak Long sebagai tetamu undangan. Malah ada yang berpendapat stesen TV berkenaan menumpang popular orang seperti itu untuk menaikkan rating. 


"TV Alhijrah, kalau tak ada content sangat nak buat, approach la mana-mana doktor ke, peguam macam aku ke, panggil buat sharing yang berilmiah sikit. Ni hangpa panggil orang tah hapa-hapa ni nak jadi macam Melodi ka?" kata ciap Muhammad Syarafi. 



"Kecewa dengan TV Al-Hijrah dengan jemputan mereka. Sepatutnya panggil pihak yang diprovokasi kerana akhlak mereka yang baik," tulis Dr. Ustaz Rozaimi Ramle. 


"Patutnya TV Alhijrah kena panggil pekerja 7E tu, bukannya Kak Long ni sebab pekerja itu yang menjadi mangsa. Sifat sabar dan lemah lembut percakapannya yang patut dicontohi. Kalau naikkan orang yang tidak beretika ini viral, lama-lama makin lemak masyarakat kita ni. Perkara biadab disanjung tinggi," ciap Nazura. 


"Takkanlah TV pun menumpang populariti orang macam ni untuk naikkan rating?" ciap Don Pablo. 


"TV Alhijrah tak ada hal, cari pasal. Lama kelamaan orang yang macam inilah akan mewarnai masyarakat. Apabila masyarakat rosak, bertanya lagi sebab apa," ciap Ahmad Faezuddin. 


"Semakin bangga la dia. Buat jahat pun orang angkat dia. Bukan apa, kadang manusia ni kena bagi pengajaran bukan naikkan macam ni. Cuba tanya orang 7E tu apa perasaan dan cara dia handle orang kasar seperti ini. Sudah-sudahlah upkan orang macam ni. We expect more from you TV Alhijrah," ciap Tomyam Ayam. 


"Malaysia sudah nazak, pekerja 7E yang berhemah tidak diangkat, yang celupar dan menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya diangkat. Penjual produk timbang kilo semakin riak dan juah, semakin disokong masyarakat. Ahli politik semakin korup kerap diangkat naik. Ustaz yang membawa cerita menipu semakin popular dan ramai pengikut," kata Nasoruddin Shah. 


Walau bagaimanapun, ada netizen yang tampil mempertahankan TV Alhijrah dan memaklumkan episod program itu masih belum disiarkan dan adalah tidak adil netizen terus menghentamnya tanpa mengetahui intipati program. 


"Maaf, setahu saya episod ini masih belum disiarkan. Tak adil rasanya kalau terus hentam tanpa tahu intipati program. Saudara dah tonton ke episod ini yang sampai tweet macam ni? Tahu ke intipati dia apa? Apa yang diorang bincangkan? 


"Saya percaya penerbit tak ada sedikit pun niat nak menaikkan unsur negatif. Saya nak judge pun tak boleh sebab saya tak tahu apa yang dibincangkan dalam program itu yang masih belum disiarkan lagi. 


"Awak tahu ke kalau penerbit sebenarnya dah jemput tetapi dia tolak? Atau pihak 7E sendiri tak benarkan? Benda ini semua melibatkan branding. Bukan senang-senang nak main terjah je. 


"Saya nak invite owner Petronas pun kena dapatkan kelulusan pihak atasan Petronas. Padahal nak puji diorang, bukan nak condemn," ciap Hanan M. Said. 




Sumber: Twitter Muhammad Syarafi



from The Reporter https://ift.tt/QEOiLzX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/14vL68U
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...