Foto Scha Alleya |
Tular di media sosial luahan ketidakpuasan hati seorang wanita mengenai rakannya yang didakwa culas membayar hutangnya (kutu) berjumlah RM149,400.
Menurut Scha Alleya, sejak bulan Oktober tahun lalu dia menunggu wanita yang dikenali sebagai Ila membayar hutangnya itu tetapi sehingga ke hari ini hutang itu masih belum habis dibayar.
Sebelum ini, Scha pernah meminta rakannya membuat bayaran bulanan sebanyak RM2,500. Tetapi tiada gunanya kerana si penghutang enggan berbuat demikian.
Kesabaran yang semakin hilang membuatkan Scha akhirnya mengambil keputusan untuk mendedahkan perangai wanita itu di media sosial. Lebih mengejutkan, wanita itu turut berhutang dengan orang lain yang melibatkan amaun ratusan/ribuan ringgit.
"Jarang aku nak viral orang, tapi sebab dah melampau sangat. Hang buat lari duit aku RM149,400 wey! Dari bulan 10 tahun lepas aku diam je sebab tak nak budak-budak tahu hal dia. Tapi makin hari makin hang pijak aku!
"Aku jenis payah nak viral orang, sebab malas nak buka aib sesiapa. Tapi makin aku diam, makin dia buat gila. Aku minta bayar sebulan RM2,500 pun hang tak boleh. Aku tak larat hadap dah, hang punca bagi aku kena dengan orang selama ni.
"Aku akan buat hang sampai dok dalam (penjara). Selama ini aku tak buat sebab aku fikir aib hang, aku fikir anak hang kecik lagi. Aku faham sebab aku ada anak juga. Tapi hang pijak aku. Lagi aku baik, lagi hang pijak. RM100 pun tak masuk dalam akaun aku langsung!," tulisnya di Facebook.
Berdasarkan gambar yang dikongsi Scha Alleya, seramai 54 individu telah meminjamkan wang kepada wanita berkenaan dan jumlah keseluruhan hutang tersebut ialah RM367,218.
Bagaimanapun, wanita berkenaan meminta Scha memberinya tempoh untuk membuat pembayaran hutang itu setelah dia mendapat keuntungan dari perniagaan yang dijalankannya. Malah, dia meminta Scha tidak membabitkan suami, anak, keluarganya dan keluarga mentua dalam hal itu kerana mereka tidak tahu apa-apa.
"Family mertua hang tak payah kacau, family aku pun hang tak payah kacau. Aku yang buat salah. Mak ayah Ila pun tak ada kena mengena. Yang buat salah, Ila. Bukan mak ayah Ila," katanya.
Untuk pengetahuan umum, di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.
Mana-mana orang yang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Facebook Scha Alleya
from The Reporter https://ift.tt/eoHyKvY
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/4gTUdmv
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment