loading...

Saturday, 5 March 2022

Bayi berusia 24 hari tak beri respon ketika kakaknya betulkan kain bedung, rupanya dah meninggal dunia ketika tidur



Seorang bayi perempuan berusia 24 hari dilaporkan meninggal dunia ketika tidur di kediaman keluarganya di Kampung Batu 1, Pedas Tengah, tengah hari semalam. 


Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu disahkan meninggal dunia di Hospital Rembau dan punca kematiannya masih belum diketahui dan pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat. 


Menurut keterangan dari keluarga, bayi itu dikatakan tidak memberikan respon semasa kakaknya mahu membetulkan kain bedung. 


Kira-kira 30 minit sebelum itu, dia diberi susu oleh ibunya yang berusia 42 tahun dan ditidurkan di ruang tengah rumah. Jam 1 tengah hari, kakaknya datang untuk membetulkan kain bedung tetapi mendapati adiknya tiada respon. 


Bayi berkenaan terus dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Rembau dan doktor mengesahkan badannya sejuk dan tiada nadi lalu diberi bantuan pernafasan. Tetapi dia masih tidak bertindak balas dan disahkan telah meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital. 


Setakat ini, polis masih menunggu laporan ujian Covid-19 dan punca kematian belum dikenal pasti. Ibu bayi berkenaan juga telah membuat laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/r0yzaXt
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/QfGLm32
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...