loading...

Sunday, 20 March 2022

Jumlah kes positif Covid-19 meningkat, UK umum program suntikan vaksin (booster) keempat



Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS), United Kingdom (UK) semalam mengumumkan, program suntikan keempat vaksin Covid-19 akan dimulakan minggu ini. 


Menurut NHS, suntikan booster keempat itu menyasarkan jutaan individu paling berisiko seperti individu berusia lebih dari 75 tahun dan mereka yang mengalami imunosupresi. 


NHS menjangkakan lebih kurang lima juta orang akan ditawarkan suntikan tersebut dengan 600,000 daripada mereka ditawarkan membuat tempahan janji temu mereka minggu depan. 


Setiausaha Kesihatan dan Penjagaan Sosial, Sajid Javid berkata, program vaksinasi fenomenal terdahulu telah banyak menyelamatkan nyawa dan dalam masa sama membina 'tembok' pertahanan sekali gus membolehkan mereka belajar untuk hidup dengan Covid-19. 


Britain terdahulu melaporkan peningkatan kes mendadak disebabkan gelombang varian Omicron yang menyebabkan kira-kira satu dalam 20 orang dijangkiti pada masa ini. 


Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital juga meningkat, tetapi bilangan pesakit ditempatkan di Unit Penjagaan Rapi (ICU) masih rendah. 


Britain merupakan antara negara yang mencatatkan banyak kematian akibat Covid-19, iaitu lebih dari 163,000 orang. 


Sumber: AFP, Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/IXCJja3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/y8Ymho1
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...