loading...

Monday, 28 March 2022

'Buang MySejahteruk, aplikasi karut & menyemak space phone ' - Ustaz Abu Syafiq & Damian Mikhail



Seorang pendakwah bebas mengajak orang ramai membuang aplikasi MySejahtera yang dikatakan 'teruk' dan menyusahkan rakyat Malaysia. 


Ustaz Abu Syafiq, melalui Instagramnya dua hari lalu berkata, aplikasi tersebut yang digunakan untuk memantau peningkatan kes Covid-19 tidak wajib digunakan kerana tiada dalam Akta mahupun Perlembagaan. 


"Buang MySejahteruk. Jadikan bulan ramadhan tidak lama lagi sebagai bulan tanpa MySejahtera. 


"Aplikasi tersebut tiada dalam Akta mahupun Perlembagaan Negara. Aplikasi karut, menyusahkan dan entah apa-apa. Say no to aplikasi MySejahtera," katanya. 



Seorang lagi selebriti tempatan, Damian Mikhail, turut menyuarakan pandangan yang sama melalui Instagramnya. 


Menurut Damian, aplikasi MySejahtera bernilai RM70 juta itu tidak lagi berguna dan perlu dibuang bagi menjimatkan storan dalam telefon bimbit. 


"Rasanya dah boleh uninstall dah MySejahtera selepas ni. Dah takde guna dan obsolete dah App RM70 juta tu. Bikin semak space phone kita je. 


"I am thinking of uninstalling MySJ, giving it the worst ratings and reporting it as scam on Google Playstore. Should I stop using MySejahtera? 


"Nak buang status vaksinasi pun bolehlah, silakan. Endemic kan? Rakyat dah tahu. Sudah tiba masanya rakyat claim balik hidup dan privacy kita. Ayuh mansuhkan dan uninstall app tak guna ni," katanya. 



Sementara itu diruangan komen Instagram kedua-dua individu berkenaan, ramai netizen yang memberi pandangan masing-masing. Ada yang bersetuju dan juga sebaliknya. 


"MySJ ni memang menyusahkan. Kita rushing nak masuk kedai beli satu barang je pun jenuhlah nak kena scan dulu. Kadang malas nak scan," kata Ninie Rockafellar. 


"Tahu takpe, masuk kerja pun nak kena scan MySejahtera. Semak betul lah!" kata Mylo. 


"Sepanjang guna apps ni, tak rasa menyusahkan pun. Just keluarkan phone, buka apps dan scan. Kenal ustaz ni sebab dia bising pasal vaksin. So dia sendiri ada sijil/lesen untuk ceramah agama tak?" soal Kookie. 


"Maksud teruk tu sebab kena scan kalau nak masuk kedai makan, tempat kerja, dobi, mall dan lain-lain ke? Alahai, kalau setakat scan bila ke mana-mana dah rasa menyusahkan dan membebankan, kau duduk diam-diam dalam rumah. Dasar manusia jenis tak bersyukur, tahu komplen saja. Kau dah antivaksin, lantak kaulah. Segala mak nenek kau nak komplen. Apahal?" kata Chaos. 


Sumber: Instagram Ustaz Abu Syafiq, Damian Mikhail



from The Reporter https://ift.tt/2TWg7JM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/sEjemHy
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...