Minggu lalu kecoh dengan kes pergaduhan dua pelakon ketika sedang menjalankan penggambaran drama di mana pelakon wanita terbabit mendakwa lehernya dicekik dengan begitu kuat sehingga terasa sakit.
Tidak terhenti di situ, 'insiden' itu diperbesarkan melalui media sosial yang turut mengatakan sikap psikotik pelakon lelaki itu sama seperti dalam video livenya sebelum ini.
Akibatnya, pelakon lelaki itu dikecam ramai sehingga menangis dan mendakwa orang ramai tidak memberinya peluang untuk berubah serta gemar mencari kesalahannya.
Isu itu menarik perhatian Caprice yang berpendapat bahawa, itu semua hanyalah marketing semata-mata untuk mengajak orang ramai menonton drama tersebut.
Hari ini, pelakon Syafie Naswip tampil menegur amalan tidak wajar itu berterusan digunakan bagi meraih publisiti murahan.
"Zaman sekarang nak lakukan drama kena up pergaduhan dekat set, kena buat live menangis-nangis macam psycho. Lepas tu bila dikecam, kata salah netizen dan jawapan 'Takpa, aku dapat pahala free'.
"Lebih menyakitkan orang yang buat ini adalah orang-orang yang truly talented. Why arh? Tak boleh brain.
"Boleh je nak marketing cara yang lebih sihat dan bermaruah sikit. Cukuplah berlakon dekat set sahaja," katanya.
Ramai netizen dan juga rakan-rakan artis bersetuju dengan pandangan Syafie.
"Akhirnya ada juga artis yang berani bersuara. Benda macam ni, dok tunggu ja. Kami selaku netizen bersetuju dengan kata-kata ini," kata Ghuraba.
"Tu antara sebab menyampah tengok drama Melayu. Punyalah nak rating tinggi. Penonton sekarang ni dah cerdik. Tak jalan dah umpan-umpan macam tu. Kau nak gaduh, lantak kau lah. Janji drama berkualiti dan ada mesej yang nak disampaikan," kata Mioh.
"Betul tu. Ni tak kira artis atau tak, kalau dah buat benda merepek then orang kecam, janganlah acah-acah kutip pahala orang ngutuk. Dah diri sendiri yang mengundang," kata Mimy.
Sumber: Instagram Syafie Naswip
from The Reporter https://ift.tt/MaLjS6O
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/zHoPyNQ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment