Susulan insiden filem The Batman terpaksa dimulakan semula kerana ada penonton yang lewat masuk ke panggung, pihak Tanjong Golden Village (TGV) tampil memohon maaf kepada pelanggannya yang terjejas.
"Kami ingin memohon maaf kepada semua pelanggan yang terkesan dengan kelewatan tayangan filem The Batman di TGV Vivacity Megamall, Kuching pada jam 7.15 malam, Sabtu, 5 Mac 2022.
"Sebagai ganti rugi, kami akan mengeluarkan dua tiket percuma dan bayaran balik penuh kepada semua pelanggan yang terjejas. Kami amat kesal dengan kesulitan yang berlaku," kata kenyataan itu.
Sementara itu tampil seorang individu bernama Faridzuan Adres menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian.
"Filem dijadualkan untuk tayangan pada jam 7.15 malam. Bila kami dah nak scan, mereka (kakitangan TGV) kata panggung IMAX sedang menghadapi masalah dan tayangan terpaksa ditangguhkan seketika dan kami diminta datang semula sekitar jam 7.45 malam.
"Kemudian kami datang seperti waktu yang diberitahu dan filem tersebut telah ditayangkan kira-kira 15 ke 20 minit yang mana masa itu Bruce sedang makan buah beri.
"Saya pun duduk lebih kurang 10 minit dan mereka (kakitangan TGV) datang dan membuat pengumuman tersebut (restart semula filem The Batman).
"TGV sepatutnya bertanggungjawab atas salah faham yang berlaku (miscommunication). Tak pasal-pasal kami kena cap 'kayangan' sudah," katanya.
Terdahulu, salah seorang pelanggan TGV tampil meluahkan rasa kesalnya terhadap pihak berkenaan kerana memulakan semula filem itu dari awal hanya kerana ada penonton yang lambat masuk ke panggung. Sedangkan mereka telah menonton filem itu kira-kira 45 minit.
Pengadu menegaskan tindakan itu tidak adil seolah-olah tidak menghormati masa penonton yang sudah sedia ada dalam panggung tersebut.
Sumber: TGV
from The Reporter https://ift.tt/EsROXwD
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/FSMBPUw
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment