loading...

Thursday, 3 March 2022

'Aku paling alergik bila boss bagi kerja melalui WhatsApp selepas waktu bekerja'


Tidak dinafikan emosi pekerja di tempat kerja selalu berlaku disebabkan budaya toksik yang berlaku sehingga menyebabkan ada sesetengah pekerja mengalami masalah mental dan kesihatan. 


Seorang pengguna Twitter, Ikhwan, membuka topik mengenai budaya seperti itu di tempat kerja patut ditukar kerana ia satu bebanan yang tidak diperlukan. Mengejutkan, ramai netizen memberikan respon dan pandangan masing-masing mengenai isu itu. 


"Budaya di office yang kau rasa patut ditukar, tidak kiralah kerja dalam sektor kerajaan atau swasta, go!" tweetnya. 


Antara isu-isu yang dibangkitkan seperti terima tugasan melalui WhatsApp selepas waktu bekerja, dipandang sinis apabila balik tepat pada waktunya, membawang tentang hal rumah tangga, membuat lawak lucah, pekerja baru dibuli pekerja lama, tunggu majikan balik barulah pekerja yang lain boleh balik, naik gaji pekerja yang kuat mengampu berbanding kualiti dan prestasi serta banyak lagi. 


"Bila balik kerja on time, ada yang kecam, mata perhati dan muka tak puas hati. Company bayar untuk kerja sampai sekian masa, overtime tak bayar. I don't like to work for free. It's your problem if you wanna to stay back sampai office buka balik esok. I don't care," kata Nina. 


"Tak perlu tunggu boss balik baru pekerja lain boleh balik. Kalau boleh balik pukul 6.30 petang, baru kita boleh balik? Bos tu memang dah gaji beribu-ribu, dia nak balik pukul berapa tu lantaklah dia kan. Tetapi kita ni kuli je, sepatutnya pukul 6 dah balik terus," kata Pasha. 


"Bila minta cuti, disoal macam-macam nak pergi mana dan dengan siapa. Like suka hatilah nak cuti dan kita nak buat apa. Kena isi borang tu yang tak tahan tanya soalan macam tu," kata Hurai. 


"Budaya pilih bulu. Pihak profesional seperti pegawai dan orang atasan tanpa sedar telah mempunyai sifat pilih bulu kepada kalangan anak buahnya. Kadang tanpa sedar, hanya kerana anak buahnya pandai bergaul atau bersosial dengan beliau, dia lebih nampak potensi yang ada pada anak buahnya yang itu sahaja. Sedangkan yang lain buat kera lebih, mempunyai bakat dan potensi lebih tidak di'acknowledged kerana tidak pandai bergaul atau bersosial dengan bos. Tanpa sedar, pihak atasan sendiri terjerat dengan budi anak buah yang disayanginya sahaja," kata Bil. 


"Budaya buat kerja yang bukan bidang kau. Contoh kau diserap masuk atas kertas tulis as a production team. Tapi kau ada bakat dalam marketing, so boss kau tau dan dia ambil kesempatan suruh kau buat marketing sekali. Tapi gaji masih kekal sebagai production team. Alasan nak sama-sama naik," kata Daus. 


"WhatsApp pasal kerja di tengah malam paling aku alergik. Duduk depan monitor cakap tak ada kerja, lepas tu bagi kerja luar skop. Asal eh? Pantang nampak orang senang. Entah-entah orang tu baru nak rehat selepas buat kerja berlambak. Belum lagi kes, dah nak balik baru nak bagi kerja. Ehhh terpaling (*%$^(@#!" kata Vivid. 


Apa pandangan anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen posting ini di Facebook atau Instagram


Sumber: Twitter Ikhwan



from The Reporter https://ift.tt/nf5M4al
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/kix6t4Y
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...