Foto Wall Street Journal |
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan dari kerajaan yang membuat keputusan menjual aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta berbanding membenarkan aplikasi itu di bawah kawal selia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Apa sebab-sebab MySJ Sdn Bhd menjadi satu-satunya syarikat yang ditimbang tara untuk projek ini? Apakah kerajaan Malaysia sering menganugerahkan individu-individu atau syarikat-syarikat yang menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk manfaat rakyat Malaysia dengan kontrak yang lumayan?
"Apakah skop dan kepakaran MySJ Sdn Bdh terkait pengoperasian MySejahtera dan bagaimana KKM boleh memastikan data-data yang dikumpul oleh aplikasi itu tidak akan disalahgunakan oleh pihak ketiga termasuk MySJ Sdn Bhd," katanya pada Sabtu lalu.
24 Mac lalu, sidang Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) telah mempersoalkan tindakan kerajaan menjual aplikasi MySejahtera kepada sebuah syarikat swasta yang diputuskan oleh kabinet pada 26 November 2021.
Kabinet telah memberi kebenaran kepada KKM untuk melantik MySJ Sdn BHd melalui mekanisme rundingan terus untuk mengambil alih aplikasi MySejahtera.
Disember 2021, PAC telah mengesyorkan kerajaan sepatutnya mengambil alih operasi MySejahtera tanpa kos tambahan memandangkan aplikasi itu telah menjadi elemen penting dalam sistem kesihatan negara.
KKM bagaimanapun tampil menjelaskan pihaknya tidak pernah menjual aplikasi itu kepada syarikat swasta dan memberi jaminan data diperoleh diselia KKM sejak aplikasi itu mula digunakan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, aplikasi itu adalah hak milik kerajaan dan KKM telah dilantik sebagai pemilik utama sejak diputuskan pada 26 November 2021.
"Data MySejahtera adalah di bawah penyeliaan KKM sejak mula digunakan dan segala pengurusan data melalui proses tadbir urus data ditetapkan.
"Penggunaan dan pengurusan data MySejahtera perlu mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKta 342), Akta Perubatan 1971 dan piawaian antarabangsa.
"Justeru, data aplikasi ini tidak boleh dikongsi oleh KKM dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Malah, transaksi data daripada MySejahtera dimuat naik ke jaringan pelayan awan setiap hari dan hanya boleh diakses untuk kegunaan aplikasi MySejahtera," katanya.
Sumber: Astro Awani, Berita Harian
from The Reporter https://ift.tt/VjU31na
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/CmqD2xK
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment