Dua hari lalu, pelakon Adam Corrie, 53, membuat siaran langsung di Facebook ketika sedang makan tengah hari di sebuah restoran Cina Muslim di Wangsa Maju.
Adam Corrie ketika itu menggunakan chopstick atau kayu penyepit makanan yang kebiasaannya digunakan oleh kaum Cina sebagai alat makan tradisional.
Hal itu mengundang seorang lelaki bernama Jefri Wahab yang membuat teguran bahawa penggunaan chopstick adalah haram bagi orang Islam.
"Bila nak makan baca doa itu bagus. Tapi yang tak elok satu perkara, makan dengan kayu sepit. Hukumnya tak boleh, haram kita sebagai orang Islam, tak boleh buat mcam tu. Maafkan saya atas teguran ini," kata Jefri dengan penuh keyakinan.
Tidak melatah dengan teguran itu, Adam Corrie membalas semula komen Jefri dengan kata-kata berikut:
"Terima kasih tuan. Untuk pengetahuan tuan, saya Cina Muslim. Saya sudah merujuk banyak kali dengan ustaz-ustaz saya, bolehkah saya menggunakan chopstick kerana ia adalah budaya orang Cina?
"Ustaz kata boleh kerana ia hanya alat untuk makan. Sama seperti sudu, garfu dan pisau. Tiada kaitan dengan akidah, iman dan agama," jelas Adam Corrie.
Sedar akan teguran yang dibuat itu tidak tepat, Jefri kemudian memadamkan komen tersebut. Tetapi sempat discreenshot oleh netizen dan diviralkan di media sosial.
Rata-rata netzen memuji cara Adam Corrie menjawab teguran itu dengan baik. Tetapi hairan dengan komen Jefri yang terus menjatuhkan hukum tanpa usul periksa.
"Memang betullah apa yang Adam tu jawab. Chopstick hanya alat. Mudah-mudahan saudara itu menyedari kesilapannya," kata Azahar.
"Kena ada ilmu dan belajar memperbaiki diri dulu sebelum meneguro rang lain. Jangan sesuka hati mengeluarkan fatwa sendiri. Bayangkan orang yang cetek ilmu mendengar dan mengikutinya. Berapa banyak akidah yang telah kita pesongkan. Nauzubillah," kata Badriyah.
Sumber: Facebook Adam Corrie
from The Reporter https://ift.tt/ZbN947g
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/flu9NpC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment