Foto Akhi Fairuz Al-Jengkawi |
Sejak semalam warga maya digemparkan dengan video teaser drama bertajuk Perempuan Itu, yang dikatakan memaparkan beberapa babak ghairah di antara pelakon utama lelaki dan wanita, menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Difahamkan, video itu dimuat naik oleh pelakon Zul Ariffin di Instagramnya baru-baru ini yang menunjukkan wataknya 'bermesra' dengan pasangannya tanpa ditapis.
Menurut sumber lagi, drama itu diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Erma Fatima dan akan ditayangkan pada bulan ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Ramai netizen yang meluahkan rasa terkejut dan tidak kurang juga menggesa pihak berwajib menyemak semula kebenaran untuk drama ini disiarkan di kaca TV.
"Tahniah saya ucapkan kepada penerbit, pengarah, para pelakon, kru produksi serta TV3 kerana mengangkat genre pornografi dalam drama. Barulah Malaysia mendunia!" tulis Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
"Orang yang back up Zul Ariffin, ini bukan pasal open minded ke tak. When stated in the Quran it's haram then it is haram. Memang patut ditegur, this is so and very wrong," kata Farra.
"Zul Ariffin, seriously?! What kind of Malay drama is this sial? Jijik!" kata Yongbokkie.
"Ya Allah, apa benda Zul Ariffin post tu? I accidently saw someone else tweet and went to check it on Instagram. First of all, that is definitely not appropriate at all. Dah macam level Fifty Shade of Grey ye. Pelakon Islam kot, why ya genre cerita macam tu?" kata Asyaadae.
Sementara itu, Peguam Nor Zabetha berkata, babak tidak bermoral seperti itu tidak perlu dilakonkan dan cukup sekadar dialog sekiranya hanya mamhu memberi nasihat atau pengajaran kepada penonton.
"Kalau ada yang bela, 'Sabar dulu, tengoklah drama sampai habis. Itu thriller atau teaser sahaja', pastinya kalau ditonton penuh, mestilah ada mesej yang ingin disampaikan bahawa perbuatan itu salah dan dosa.
"Memanglah tetapi apa perlunya babak begitu? Jalan cerita, skrip dan lakonan yang perlu difokuskan, bukanlah menambah perasa dengan babak begini," katanya.
Mengambil contoh naskah antarabangsa seperti filem Cast Away yang dilakonkan oleh Tom Hanks, 90 peratus cerita itu hanya menampilkan dirinya sahaja tanpa babak intim sudah cukup hebat diterima oleh penonton.
Kejayaan sesebuah drama atau filem katanya, adalah bergantung kepada jalan cerita dan skrip yang bagus serta mesejnya smapai sehingga membuatkan penonton beremosi.
Berbanding kaedah menimbulkan kontroversi, umpan untuk menarik perhatian penonton yang hanya akan menimbulkan banyak reaksi negatif dan dari situ pihak penerbit atau pengarah tidak perlu menggunakan cara kotor itu untuk melariskan drama/filem.
Semakan di Instagram Zul Ariffin mendapati, video kontroversi itu telah pun dipadamkan. Namun itu tidak menghalang netizen dari terus membanjiri ruangan komen untuk mengkritik teaser tersebut.
Sumber: Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi, Peguam Nor Zabetha.
from The Reporter https://ift.tt/Om2IbEa
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/tu6Tn17
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment