Susulan tular video yang membabitkan seorang pensyarah wanita bergelar Prof, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia telah mengeluarkan kenyataan menyelar tindakan pensyarah berkenaan yang didakwa menghina pelajarnya.
Yang Dipertua MPP, Rasydan Mohd Hassan kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pensyarah berkenaan yang menurutnya di luar norma dan tidak beretika.
"Kenyataan yang dikeluarkan oleh pensyarah di dalam video yang tular malam tadi merupakan satu tindakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.
"Sejarah UiTM ini juga dibina atas dasar untuk membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi.
"Kenyataan menghina dan memperlekehkan golongan B-40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak.
"Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti keramat ini," tegasnya.
Menurut Rasydan lagi, pensyarah berkenaan sepatutnya faham bahawa negara sedang berhadapan dengan pandemik yang telah menyebabkan semua rakyat berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil.
Justeru, beliau berhaap pihak pengurusan universiti mengambil tindakan tegas terhadap pensyarah terbabit.
Terdahulu, tular video pensyarah wanita memarahi pelajarnya yang menyertai kelas online menggunakan telefon bimbit. Wanita itu turut menyatakan dirinya tidak gemar duduk dengan golongan B40 yang dianggap lebih mementingkan hal lain berbanding pelajaran.
from The Reporter https://ift.tt/AnkX6aF
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/9nSbCIO
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment