loading...

Saturday 5 March 2022

'UMNO-BN dah lama memerintah & tamak kuasa, mereka perlu dihukum' - Hadi Awang


Kekalahan teruk di PRU-14 bagaikan tidak memberi kesan kepada UMNO-BN mendorong Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tampil menggesa pengundi Johor menghukum UMNO-BN agar parti itu diberi pengajaran buat kali kedua. 


Menambahkan lagi perisa ceramahnya, Abdul Hadi berkata UMNO-BN sudah terlalu lama memerintah sehingga menjadikan mereka tamak kuasa. 


"UMNO-BN sudah memerintah 60 tahun. Kalau manusia 60 tahun sudah tua, lemah, maka berlakulah isu-isu seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN seperti mana diketahui umum hari ini. 


"Ibarat mereka yang berusia 60 tahun, UMNO telah lemah dan perlu ditukar. Rakyat perlu memberi kepercayaan kepada Perikatan Nasional (PN) bermula pada PRN Johor ini," kata ketika menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan DUN Pulai Sebatang kelmarin. 


Terdahulu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama politik di antara UMNO dan PAS tidak perlu dibuka lagi dan mahu Muafakat Nasional (MN) diletakkan dalam satu lipatan yang tidak perlu dibuka lagi. 


"Bukan kita tidak mahu, malah kita yang memulakan. Kalau hidung tak mancung, kenapa pipi mesti tersorong-sorong," katanya. 


Sumber: MalaysiaKini, Free Malaysia Today



from The Reporter https://ift.tt/pFivc2R
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/xwpb5oa
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...