loading...

Wednesday, 23 March 2022

Bayi perempuan berusia setahun maut diserang anjing peliharaan keluarganya



Seorang bapa mendedahkan kepada umum bahawa anak perempuannya berusia setahun telah meninggal dunia akibat diserang oleh anjing peliharaan mereka. 


Mangsa, Bella-Rae Birch, diserang oleh anjing dalam kejadian di St Helens, Merseyside pada Isnin, 21 Mac 2022, sebelum meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah. 


Difahamkan, mangsa diserang oleh anjing tersebut yang baru saja dibeli seminggu lalu. Ekoran tragedi itu, haiwan tersebut telah 'dimusnahkan' secara baik oleh pihak polis. Pihak forensik juga akan memeriksa baka anjing itu sama ada ia baka yang dibenarkan untuk dibela di bawah Akta Anjing Berbahaya 1991.


Seorang jiran mangsa berkata, dia terdahulu terdengar suara jeritan mangsa dan bagaimana dia bermati-matian cuba menyelamatkan nyawa Bella.


"Saya baru pulang dan terdengar orang menjerit. Saya terus berlari menyelamatkan Bella dan cuba memberi bantuan CPR sebelum diambil alih oleh paramedik," katanya.


Bella hanya sempat menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama pada Oktober tahun lalu bersama ibu bapa dan abangnya. Dalam mesej yang menyayat hati, bapanya mengucapkan selamat hari lahir yang pertama, tanpa mengetahui itulah kali pertama dan terakhir si kecil itu menyambut ulang tahun kelahirannya. 


"Ibunya, Treysham, berkongsi gambar bayinya berusia 17 bulan itu dan memaklumkan keluarganya sedang mengumpul dana untuk membiayai kos pengebumian Bella. 


"Pada 21 Mac, kami kehilangan bayi perempuan cantik bermata biru yang baru berusia setahun dalam kemalangan yang tragis. Kami kini sedang mengumpul dana untuk membiayai kos pengebumiannya," katanya. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/H13xr7C
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/uWt0lI4
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...