loading...

Thursday 3 March 2022

'50.1% orang dewasa di Malaysia alami obesiti & berat badan berlebihan' - KJ

Foto - The Star



Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019) (fokus pada pemakanan) menyatakan 50.1 peratus golongan dewasa di Malaysia berdepan dengan masalah obesiti dan berat badan berlebihan. 


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, prevalen obes menunjukkan kadar peningkatan agak tinggi saban tahun berbanding kajian sebelumnya, NHMS 2006 14.0 peratus, NHMS 2011 15.1 peratus dan NHMS 2015 17.7 peratus. 


Bagi menangani isu itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merangka strategi menyeluruh, selain menubuhkan Jawatankuasa Kerja Menangani Masalah Obesiti bagi mencadangkan tindakan drastik bersesuaian dengan situasi semasa.


Jawatankuasa berkenaan telah membentuk dokumen Policy Option To Combat Obesity in Malaysia yang mengandungi 48 polisi menangani masalah obesiti yang akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun. 


Sehingga 2022, sebanyak 10 polisi telah dilaksanakan. Antaranya mewajibkan program penurusan berat badan di kementerian atau jabatan terpilih, pengenaan cukai eksais ke atas minuman manis bergula dan minuman pra campuran, menguatkuasakan larangan mengiklankan makanan dan minuman tinggi kandungan lemak, garam dan gula yang boleh menarik perhatian kanak-kanak. 


"KKM akan terus melaksanakan pelbagai polis melalui pendekatan secara 'hard policy' ke arah usaha mengawal masalah obesiti di Malaysia. 


"Langkah-langkah menyeluruh bagi menurunkan masalah ini juga telah dambil dan dimulakan seawal peringkat bayi, kanak-kanak sehingga dewasa melalui aktiviti advokasi pemakanan yang berterusan mengikut tetapan seperti institusi dan sekolah, fasiliti kesihatan dan komuniti, tempat kerja serta industri makanan dan minuman," katanya. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/2L4qDFO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/RAfEjN8
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...