loading...

Tuesday 1 March 2022

Janda dibunuh abang kandungnya kerana mencalar maruah keluarga


Seorang janda, Intan Sarinah, 40, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dalam karung guni pada jam 5 pagi, 20 Februari lalu di Kecamatan Jujuhan, Bungo, Indonesia. 


Hasil pemeriksaan pada mayat mangsa, terdapat beberapa kesan luka di bahagian tangan, perut dan kepala akibat ditikam dengan senjata tajam. Susulan itu, polis telah menahan seorang lelaki, Ridwan Syah, 58, kerana disyaki membunuh mangsa. 


Ketua Polis Bunga, Guntur Saputro berkata, 3 Februari lalu mangsa ada memaklumkan kepada seorang saksi yang dia mahu tidur di rumah saudaranya di Kecamatan Jujuhan. Selepas itu, saksi tidak lagi berhubung dengan mangsa, malah keluarganya juga gagal menjejaki wanita itu. 


20 Februari, mayat mangsa ditemui penduduk di Dusun Jumbak, Jujuhan selepas curiga dengan kehadiran bau busuk. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan hanya tinggal rangka dalam karung guni berwarna putih. 



Suspek mengakui telah membunuh adik perempuan kerana dia bengang dengan perbuatan mangsa yang mencalarkan maruah keluarga. Mangsa yang berstatus janda sebelum itu dikatakan selalu keluar dan tidak pulang ke rumah. 


Hal itu membuatkan suspek menganggap mangsa keluar bersama lelaki lain yang bukan suami sah dan perbuatan itu memalukan maruah keluarganya. 


Suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang dan bakal dihukum penjara seumur hidup. 


Sumber: Tribun News



from The Reporter https://ift.tt/zJ6RHGX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/Klbov5h
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...