loading...

Monday, 16 November 2020

'Rasa nak ketawa, menangis atau marah?' - Ibu terkejut anak order 19 hidangan dari Food Panda RM226.76


Sudah menjadi kebiasaan bagi golongan ibu bapa berkongsi telefon pintar dengan anak-anak kecil untuk mereka menonton video dari aplikasi YouTube, mahupun bermain permainan video sebagai hiburan di kala ibu bapa sedang sibuk menguruskan sesuatu. 


Tapi siapa sangka, kecerdikan anak-anak adakalanya mengundang pelbagai perasaan dan contohnya seperti yang berlaku pada wanita ini. Hendak dimarah, anak tidak mengerti apa yang dilakukan. Hanya mampu ketawa dan yang pasti insiden seperti itu tidak akan berulang lagi. 


Sharifah Nur Adleen, tidak menyangka anaknya, Muhammad Azil Azeez, 4, telah membuka aplikasi Food Panda dan secara tidak sengaja memesan 19 hidangan berjumlah RM226.76, tanpa pengetahuannya di mana pembayaran perlu dibuat apabila rider tiba di depan rumah. 


Antara hidangan yang dipesan dari restoran tersebut adalah 12 pek Tom Yum Seafood, 1 pek Sup Tulang Lembu, 2 bungkus Kerabu Daging dan 4 pek Sup Daging. 



Berdasarkan video yang dikongsikan Sharifah, anaknya membuat pesanan itu kerana lapar. Apabila ditanya apakah dia akan membuat pesanan lagi melalui aplikasi itu, kanak-kanak itu menjawab 'sik mok'. 


Dalam masa yang sama, Sharifah juga berharap golongan ibu bapa mengambil iktibar dari insiden yang berlaku dan menyembunyikan aplikasi-aplikasi yang berisiko seperti itu dari dibuka oleh anak-anak agar kejadian yang sama tidak berulang. 


Menyedari ada netizen yang melemparkan komen-komen yang tidak sepatutnya, Sharifah menjelaskan dia mempunyai empat orang anak dan sebagai seorang ibu, haruslah faham situasi seperti itu. 



Sharifah mengakui adalah kesilapannya memberikan telefon pada anak sehingga menyebabkan perkara itu berlaku. Sharifah juga meminta netizen tidak memuat naik komen yang keterlaluan. 


"Memang salah saya dan aplikasi itu juga tidak ada lock. Sebab sebelum ini anak-anak main telefon tak pernah pun buka aplikasi itu dan hanya tengok YouTube sahaja. Cuma hari itu je la si rambut ikal ini akal panjang betul, pergi tekan-tekan," jelasnya. 


Difahamkan, meskipun terduduk dengan jumlah pesanan yang mencecah RM200 lebih itu, Sharifah tetap membuat pembayaran tersebut. 


"Saya tetap membayarnya dengan jumlah RM226.76. Mujur ada cash dalam beg dan kebetulan saya berniaga online. Kalau tak, memang tak tahulah. Nak marah Azeez pun sebab dah jadi. 


"Sekarang memang saya dah uninstall aplikasi itu dulu untuk elakkan kejadian yang tak diingini berlaku lagi. Saya pun tak sangka dia boleh buat tempahan. Mungkin dia perhatikan setiap kali saya tekan untuk buat tempahan makanan mereka," katanya. 


Sebahagian daripada makanan itu dibeli oleh jirannya dan tidak kurang juga disedekahkan. 


Sumber: Facebook Sharifah, Majalah Pama



from The Reporter https://ift.tt/3f136Qz
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2IBF5TY
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...