loading...

Sunday 15 November 2020

Budak 8 tahun dicabul anak pengasuh dalam bilik


Nafsu tidak terkawal mendorong seorang lelaki berusia 29 tahun melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap anak asuhan ibunya yang berusia lapan tahun. 


Suspek yang merupakan pekerja badan berkanun industri hiburan itu ditahan polis pada Selasa lalu selepas ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, perbuatan suspek itu terbongkar selepas kanak-kanak lelaki itu memaklumkan kepada ibunya yang dia berasa tidak selesa ketika berada di rumah pengasuh, Isnin lalu. 


Menurut mangsa, suspek melakukan serangan seksual itu terhadapnya di dalam sebuah bilik sebanyak dua kali dan memintanya untuk tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai kejadian itu, termasuk abangnya yang merupakan kawan baik kepada suspek.


Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek di rumahnya pada jam 11 pagi, Selasa lalu untuk siasatan lanjut. 


Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah itu disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2UqNNHg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3fdi9a1
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...