loading...

Tuesday, 14 January 2020

'Perempuan itu buat saya rasa muda, ceria & saya nak anak perempuan' - Alasan suami nak kahwin lagi, tetapi...


Saya sudah berkahwin lebih 20 tahun dan menghampiri 30 tahun usia perkahwinan. Dari mula perkahwinan, segala ujian itu sudah menjadi biasa, ditelan dan dilalui dengan penuh kesabaran. Hidup susah serba tidak cukup itu berjaya dilalui dengan beribu-ribu kecekalan hati sebab tiada satu pun alam rumah tangga itu yang tidak diuji. 

Bertahan demi anak-anak, hati menjadi kuat kerana anak-anak. Sehinggalah hidup mulai berubah selesa. Senang dari hidup yang dahulu. Muncul pula orang ketiga yang lebih muda dan manja. 

Pada awalnya memang saya berasa sangat sedih, kecewa dan putus asa. Tetapi bila segala usaha untuk menghalang hubungan mereka tidak berjaya, hati ini menjadi semakin redha, semakin tawar dan hanya fokus pada anak-anak. 

Pernah menasihati suami, "Anak-anak dah besar dan semuanya sudah melangkah ke universiti. Alhamdulillah anak-anak baik sikap dan bahasanya. Apa lagi yang awak nak?" 

Suami jawab, "Perempuan itu buat saya rasa muda, ceria dan saya inginkan anak perempuan". 

Anak kami semuanya lelaki, isteri mana yang tidak sedih mendengar jawapan seperti itu. Tetapi disebabkan malas nak memanjangkan masalah, saya izinkan. 

Anak-anak semua dah besar, suami pula sudah ada perempuan lain yang jaga. Alhamdulillah hidup saya terlalu banyak masa yang terluang. Banyak perkara berfaedah yang boleh saya buat. Dari mengikuti kelas agama, kelas zumba dan boleh buat rawatan kulit dan muka. 

Sudah hampir tiga tahun suami beristeri baru, hidupnya huru-hara melayan karenah isteri baru. Bergaduh, anak-anak meragam, berjaga malam dengan usia setua itu sepatutnya dapat berehat. Sekarang dia masih mengendong anak kecil, melayan rajuk isteri muda. 

Bila tiba giliran balik ke rumah saya, dia mengaku sakit sana sini. Dalam hati saya berkata, "Padan muka. Orang yang tak tahu bersyukur memang patut mendapat balasan".



from The Reporter https://ift.tt/2uKzkfG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2tVOLkR
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...