loading...

Tuesday, 28 January 2020

'Hello! Ini tempat makan kot? Bukan tempat study!' - Student kena sound sebab marah anak customer buat bising di McD, padahal...


Padah sound tak bertempat, sekumpulan pelajar ini disekolahkan oleh pelanggan sebuah restoran makanan segera kerana bengang dengan sikap mereka yang langsung tidak menunjukkan diri sebagai orang terpelajar. 

Terdahulu, pelajar terbabit menegur dua beradik ini kerana terlalu bising sehingga membuatkan tidak fokus pada pembelajaran yang dibuat secara berkumpulan. Perkara itu berlaku di depan mata ibu bapa dua beradik itu yang kemudian memarahi anak mereka. 

Tidak berpuas hati melihat keluarga itu terpaksa mengalah, tampil seorang wanita membalas semula kata-kata pelajar itu yang akhirnya membuatkan kumpulan terbabit beredar. 

I SAW this picture, I ada story sikit. That time I dengan my firend ke McDonald (McD) Seksyen 26. Tengah que nak order, nampaklah ada satu keluarga ni berlima, ada anak kecil berumur 4-7 tahun dua orang dan seorang umur 12 tahun camtu, chinese. 

So dua orang anak dia ni dok mainlah sambil gelak-gelak kat table diorang tu. Dari pandangan aku, normal la bebudak memain kan. Nama pun budak. Aku tengok sajalah diorang sambil tunggu giliran nak order.

Tidak lama selepas tu, ada dua group students mix boys and girls selang dua meja dari chinese family tu, around 10 orang tengah study. Nampaklah dengan laptop, paper work bersepah atas meja dengan memasing ada one cup air di sisi. 

Dengan nada agak kasar, ada seorang perempuan dari group student tu sounds chinese yang tengah gelak-gelak sambil pegang gadget tu. 

"Boleh tolong senyap tak?! Both of you disturbing our study. Kitorang tak fokus!" 

Kuat ye dia sound sampai seorang orang tengok kat perempuan tu. 

Then mak ayah budak tu pun terus marah anak-anak dia, suruh jangna bising-bising and I was like "Haaa?!". 

Then ada seorang akak ni sound budak perempuan tu balik. 

"Hello! Ini tempat makan kot?! Bukan tempat study. Uoll tu yang salah tempat. Nak study, pergi library!" tegas akak itu. 

Then family chinese tu macam tak nak keruhkan keadaan dan tenangkan akak tu. 

"Tak apa, tak apa. Saya pun sudah mau habis makan. Nanti kitorang pergi." 

"You stay here! Diorang sepatutnya pergi sebab sini bukan tempat study, sini tempat makan," balas akak tu lagi. 

Aku yang dengar ni sumpah puas! Selepas akak tu sound camtu, bebudak yang tengah study tu terus kemas-kemas barang diorang dan blah. Memang silap kau la nak sound orang jangan bising sebab nak hormat kau study. 

Kau kat McD kot, what do you expect? Kat library bolehlah kau sound orang senyap. Sendiri salah tempat pastu sound tak bertempat. Nasib baik akak tu sound balik, baru kena buku dengan ruas. 

Since tweet ini blow up, adalah some student yang bitter. I tweet ni bukan I marah korang study kat McD. Uoll marah orang yang bising kat McD tu sebab uoll tak boleh fokus study, WTF?! Ramai je yang study kat McD tetapi okej je boleh hadam orang bising. Make senselah kau kat McD, bukan kat library. 

Sumber: Anas Cik


from The Reporter https://ift.tt/311U1jn
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2vqc5I5
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...