Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1. 36 petang Isnin lalu di berhampiran Minlon, Seri Kembangan, pemandu kereta Nissan Navara dalam perjalanan menghala ke Bangi/Putrajaya di lorong kanan.
Tiba di tempat kejadian, Proton Preve yang berada di lorong kiri secara tiba-tiba mengubah haluannya dan cuba masuk ke lorong U-Turn.
Pemandu Navara tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sebelah kanan Preve dan terbabas serta merempuh tiang lampu jalan.
Menurut sumber, kedua-dua pemandu itu selamat video kejadian itu juga viral di media sosial.
Bagi mereka yang sering menggunakan laluan ini pasti tahu betapa bahayanya laluan itu kerana sudah kerap berlaku kemalangan disebabkan lorong U-Turn itu.
from The Reporter https://ift.tt/2RKR42v
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GfAW3F
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment