loading...

Tuesday, 21 January 2020

(Video) 'Hang tampaq aku?! Aku Report!' - Jiran bergaduh sebab anak kurang ajar


"Pasai apa pukul anak aku?" demikian soal si lelaki berbaju hijau yang tidak berpuas hati dengan tindakan jirannya. 

Jirannya itu kemudian menjawab, anaknya bersikap kurang ajar dan kedua-dua pihak kemudian mula bertekak dan video pergaduhan mereka viral di media sosial sejak semalam. 

Sebagai bapa, sudah tentunya tidak berpuas hati sekiranya anaknya dipukul oleh orang lain. Malah lelaki itu mempersoalkan tindakan jirannya itu sedangkan hal anak-anak tidak perlulah diajar dengan tangan. 

"Aku tak mau cakap banyak, la ni hang nak buat apa kat aku?" soal si jiran. 

Lelaki itu pula bertanyakan soalan yang sama. Kedua-duanya dilihat mula memprovok sesama diri sebelum jirannya membuka baju dan bersedia untuk bergaduh. 

Dalam masa yang sama, isteri mereka pula bertikam lidah dan melemparkan kata-kata kesat sebelum isteri jirannya datang menghampiri dan menampar isteri kepada lelaki baju hijau. 

Keadaan menjadi semakin kecoh, kedua-dua pihak enggan berhenti biarpun beberapa jiran lain datang menghalang mereka. 


Tidak diketahui apa kesudahannya, tetapi netizen kesal dengan tindakan mereka yang bukan sahaja memalukan, malah tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak sekali gus menjejaskan hubungan kejiranan di kawasan itu. 


Sumber: Affanlah


from The Reporter https://ift.tt/2TKMTpZ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Rzsphe
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...