loading...

Friday, 24 January 2020

Koronavirus: Seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari Wuhan ditahan di HKL


Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari China sedang diasingkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan lanjut bagi pengesanan wabak koronavirus. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, mangsa merupakan antara 11 orang yang menjalani ujian pengesanan selepas tiba dari Wuhan, China, awal pagi tadi. 

Mangsa telah diasingkan di HKL sementara menunggu keputusan lanjut diperoleh. 

"Daripada 11 yang menjalani ujian pengesanan itu, keputusan seorang lagi masih belum selesai atau diperoleh. 

"Mereka terdiri daripada lapan rakyat Malaysia, dua dari China dan seorang dari Jordan. 

"Keputusan seorang yang belum diketahui itu adalah rakyat Malaysia," katanya. 

Beliau juga berkata, mana-mana individu yang baru pulang bercuti dari China dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan segera sekiranya tidak sihat. 

Bagi rakyat Malaysia yang ingin ke China, adalah dinasihatkan untuk menangguhkan hasrat itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/2Rt7sG5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RoQWGJ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...