loading...

Monday, 20 January 2020

'Akhirnya kau pergi jua setelah bertarung nyawa' - Jururawat maut akibat dirempuh pemandu mabuk


17 Januari 2020, pasangan suami isteri yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Ketapang, Melaka. 

Menurut sumber, Faizal dan isterinya, Siti Mastura Ahad yang merupakan jururawat di hospital kerajaan telah  dirempuh oleh pemandu kereta Toyota Camry dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol, sehingga menyebabkan mangsa terperosok di bawah lori. 

Pemandu Camry tidak mengalami sebarang kecederaan, namun penunggang motosikal patah kaki dan isterinya cedera di bahagian dalaman. 







Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan difahamkan keadaan Siti Mastura Ahad, agak kritikal. 

Bagaimanapun dua hari selepas kejadian itu, Siti Mastura menghembuskan nafas terakhirnya. Dalam masa yang sama, suaminya yang baru sedar terpaksa menerima perkhabaran yang amat menyedihkan itu. 


Berita itu mengundang rasa simpati netizen yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas terhadap pemandu terbabit sekiranya benar dakwaan dia memandu di bawah pengaruh alkohol. 



Sumber: Melaka Kini


from The Reporter https://ift.tt/30AcCmi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2uYwyDE
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...