loading...

Tuesday, 14 January 2020

'Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur' - Mahathir | Pemimpin PKR tak sabar tunggu Anwar jadi PM


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersedia berundur dari jawatan penting itu sekiranya majlis presiden Pakatan Harapan mahu dia berbuat demikian. 

"Saya fikir ini akan diputuskan oleh empat parti (PH) bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak pergi. 

"Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa ahli parlimen PKR yang sudah tidak sabar menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan menggesa Mahathir menyerahkan jawatan itu pada Mei 2020. 

Berdasarkan laporan media, beberapa ahli parlimen itu berkata, peralihan kuasa yang dibuat lebih awal boleh meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi dan juga memberi peluang kepada Anwar untuk melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan oleh PH. 

Sementara itu, Anwar berkata peralihan kuasa itu perlu dibincang secara baik dan beliau tidak setuju jika proses itu dibuat secara tidak aman dan tidak teratur. 

"Seperti mana yang saya kata, ia harus diaturkan dengan baik, Mahathir banyak pengalaman dan jasa," katanya. 

Turut memberi kenyataan, pemimpin DAP, Ronnie Liu, yang menyarankan jawatan itu perlu diberikan segera kepada Anwar atas alasan beberapa isu yang berlaku di negara sejak akhir-akhir ini. 

"Peralihan kuasa ini perlu dilakukan dengan lancar demi kebaikan bangsa, rakyat dan Dr Mahathir serta keluarganya. 

"Sekarang Anwar telah bebas, tiada masa yang lebih sesuai lagi daripada sekarang untuk Anwar ambil alih.

"Lagipun, negara sudah lama menunggu Anwar untuk mengambil alih sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia dan hanya Anwar yang dapat memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan," kata Liu. 



from The Reporter https://ift.tt/36W643M
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3adHmxO
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...