loading...

Thursday, 23 January 2020

'Kaji semula undang-undang untuk kesalahan tersebut (pemandu mabuk) ' - Anthony Loke respon pada kes pemandu Ford Ranger


Kes pemandu Ford Ranger merempuh beberapa penunggang motosikal sehingga menyebabkan salah seorang mangsa meninggal dunia turut mendapat perhatian dari Menteri Pengangkutan Jalan, Anthony Loke Siew Fook. 

"Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Zulfakkar Borhan yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah kereta pacuan empat roda di Klang pagi tadi (semalam). 

"Kementerian Pengangkutan amat memandang serius terhadap kejadian kemalangan yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol. 

"Proses untuk mengkaji semula peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan kesalahan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat pasca-Kabinet Kementerian Pengangkutan minggu depan," katanya. 

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu disiasat sepenuhnya oleh pihak polis dan yakin pemandu Ford Ranger itu akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat. 

Semalam, pemandu Ford Ranger berusia 37 tahun terbabit ditahan dan akan direman hari ini untuk siasatan. 

Menurut salah seorang mangsa, pemandu itu memandu 'straight' dan terus merempuh mereka sehingga salah seorang mangsa maut, sebelum keretanya terjunam ke longkang. 

Ujian pernafasan (saringan awal kandungan alkohol) yang dilakukan terhadap pemandu itu semalam menunjukkan kadar alkohol di dalam darahnya adalah pada tahap kawalan yang dibenarkan. 

Netizen sehingga kini masih menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu terbabit dan beberapa kes lain yang juga melibatkan pemandu mabuk kerana golongan peminum arak yang tidak bertanggungjawab ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain. 


LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/36puKk6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/38xMQC3
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...