loading...

Sunday, 19 January 2020

(Video) ' Saya panik, sebab tu lari' - Pasangan kantoi berenjut dalam kereta rempuh security guard


Kantoi berenjut dalam kereta, pasangan curang ini bertindak melarikan diri dan sanggup melanggar pengawal keselamatan yang cuba menghentikan kereta mereka. 

Pasangan bukan suami isteri itu didapati melakukan maksiat di dalam kereta di kawasan tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Indonesia pada jam 6 petang Jumaat, 17 Januari 2020. 

Pada awalnya, pengawal keselamatan itu curiga melihat lampu kereta yang masih menyala lalu datang menghampiri untuk memeriksa keadaan di dalamnya. 

Pasangan itu terkejut dan si lelaki terus menghidupkan enjin kenderaan dan melarikan diri biarpun terpaksa melanggar pengawal keselamatan itu yang cuba menahan keretanya. Malah, palang parkir automatik juga dilanggar sehingga rosak. 

Orang awam yang melihat kejadian itu bertindak mengejar kereta pasangan terbabit dan mereka berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis. 

Ketika disoal siasat, suspek mengaku panik kerana perbuatannya terkantoi dan demi menutup rasa malu, dia segera melarikan diri. 

Video kejadian itu turut tersebar di media sosial. Menurut sumber, pemandu itu merupakan penjawat awam. 

Polis menemui beberapa barangan untuk melakukan hubungan kelamin di dalam kereta itu seperti alat pencegah kehamilan semasa melakukan hubungan, tilam, tisu basah dan kering serta bantal.
Pengawal keselamatan berkenaan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius serta dibenarkan pulang setelah dirawat.

Sumber: Sosok


from The Reporter https://ift.tt/2NG5rUA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36b6MsW
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...