Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Henan, dikejarkan ke hospital selepas mengadu kesakitan perut yang luar biasa.
Remaja itu diperiksa dan menjalani imbasan x-ray sebelum pihak hospital mendapati ususnya cedera.
Doktor yang mengendali kes itu, Zhang berkata, ketika pembedahan dilakukan, mereka menemui dua bendasing dengan saiz berbeza di dalam usus yang menyebabkan pesakit mengalami sakit perut yang luar biasa.
Selepas selamat menjalani pembedahan, beberapa hari kemudian, pesakit itu mula 'mengeluarkan' benda-benda asing yang tersisa di dalam ususnya.
Difahamkan, remaja berkenaan minum minuman 'bubble tea' dua kali dalam seminggu sebelum mengalami masalah sakit perut. Namun dia tidak mengunyah bebola itu sehingga hancur menyebabkan ia tersangkut di dalam usus.
Dr Zhang menjelaskan, bebola itu adalah kanji ubi kayu dan tepung jagung yang tidak dapat dicernakan dengan mudah. Dia juga tidak menolak kemungkinan ada bahan lain yang dicampurkan dalam bebola itu menyebabkan ia sukar dicernakan.
Dr Zhang menasihatkan ibu bapa untuk mengawal pengambilan minuman tersebut pada anak-anak mereka bagi mengelakkan masalah itu berlaku.
Sumber: Sing Tao, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2sCSTWL
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/37cI50E
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment