loading...

Saturday, 25 January 2020

(Video) 'Polis datang pun aku tak takut!' - Suspek pukul pemandu bas pelancong dengan extension wire ditahan polis


Hanya disebabkan berlaku kemalangan kecil, seorang pemandu kereta pacuan empat roda bertindak memukul pemandu bas pelancong bertubi-tubi tanpa belas kasihan walaupun mangsa sudah berkali-kali merayu meminta suspek berhenti memukulnya. 

Video kejadian yang dirakam oleh salah seorang pelancong dalam bas itu juga turut viral di media sosial. 

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1.45 petang semalam di Jalan Gelang Patah-Pendas. 

Kedua-dua pihak terbabit dalam kemalangan. Mangsa kemudian keluar dari bas untuk melihat keadaan kenderaan suspek yang kemudian secara tiba-tiba memukulnya. 

Mangsa kemudian lari masuk ke dalam bas, dikejar dua suspek berkenaan yang membelasahnya biarpun cuba ditenangkan oleh para penumpang bas. 

Ekoran kejadian itu, mangsa cedera di bahagian kepala dan tangannya. Beberapa peralatan bas juga turut dirosakkan oleh suspek. 

Anggota peronda polis tiba di lokasi kejadian dan meminta kedua-dua pihak membuat laporan di Balai Polis Trafik berhampiran. 


Di Balai Polis Trafik, IPD Iskandar Puteri, suspek bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dan menghempas kerusi sehingga memaksa pihak polis menggunakan kekerasan minimum untuk menangkap dua suspek terbabit. 

Tidak cukup dengan itu, dua suspek itu menyerang anggota pengawal lokap sehingga berlaku pergelutan. 

Dua suspek itu ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam, Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. 

Sumber: Harian Metro,


from The Reporter https://ift.tt/2ve7WqD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2tSSS1g
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...