loading...

Friday, 24 January 2020

'These parent are indeed made in CHINA' - Ibu bapa tinggalkan 2 anak mereka yang disyaki positif koronavirus di airport


Dalam perkembangan terkini mengenai wabak koronavirus di China yang dikatakan berpunca dari makanan eksotik, 26 kes kematian telah direkodkan dan lebih 900 orang yang disahkan positif virus tersebut. 

Penularan virus itu dilaporkan bermula di Wuhan yang turut merebak ke beberapa kawasan berhampiran menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah penutupan sementara jambatan, pengangkutan awam dan lapangan terbang bagi mengelakkan penularan virus itu lebih teruk. 

Seluruh dunia kini dalam keadaan berjaga-jaga dan membuat saringan di semua pintu masuk kerana ada golongan yang disyaki membawa virus itu sanggup menggunakan pelbagai helah agar dapat meneruskan perjalanan mereka ke negara yang ingin dilawat. 

Dalam satu insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou, dua kanak-kanak ditahan kerana menunjukkan simptom-simptom koronavirus. 

Ibu bapa kanak-kanak itu mendesak petugas lapangan terbang membenarkan mereka menaiki pesawat sehingga sanggup mencetuskan kekecohan menyebabkan pesawat itu terpaksa menangguhkan penerbangan selama tiga jam, malah menegaskan anak-anak mereka tidak demam seperti yang didakwa. 

Bengang permintaan mereka tidak diendahkan, pasangan suami isteri itu akhirnya masuk ke pesawat dan meninggalkan dua anak mereka di lapangan terbang. 

Kakitangan lapangan terbang tiada pilihan lain dan terpaksa menjaga dua kanak-kanak itu. 

Kes itu viral di media sosial dan mengundang kemarahan netizen yang menyelar suami isteri itu adalah ibu bapa yang paling teruk dan tidak layak mempunyai anak. 

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, wabak koronavirus masih dalam keadaan terkawal dan kawasan yang dijangkiti adalah terhad. 

Meskipun kes itu menunjukkan peningkatan yang mendadak, WHO berpendapat masih terlalu awal untuk mengklasifikasikan wabak itu sebagai kecemasan antarabangsa. Koronavirus hanya boleh diisytiharkan sebagai Kecemasan Kesihatan Awam dengan Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) sekiranya ia terus merebak. 

Tetapi pada waktu ini, virus tersebut hanya dianggap kecemasan di China. 

Walaupun begitu, WHO sentiasa memantau perkembangan mengenai wabak itu. 



from The Reporter https://ift.tt/2NTlRcn
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/30QYiWA
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...