loading...

Wednesday, 22 January 2020

'Apa salah dia?!' - Murid Tahun 1 dipukul sampai retak tulang hidung sebab tak bagi duit kepada pembuli


Hanya kerana tidak memberi wang yang dipinta, murid lelaki ini dicederakan sehingga mengalami retak tulang hidung dan beberapa lagi kesan sampingan lain. 

Kes buli itu didedahkan oleh ahli keluarganya sendiri yang juga mendakwa pihak sekolah tidak menangani kes itu dengan baik sehingga menyebabkan dia tidak mempunyai pilihan lain dengan menyebarkan kes itu di media sosial. 

Difahamkan, mangsa dibuli oleh murid darjah 3 di sekolah dan kini terpaksa menjalani pembedahan dan rawatan di hospital. Ibu mangsa juga terpaksa meninggal anak kecilnya yang berusia 7 bulan kerana perlu berulang-alik ke hospital untuk menjaga anaknya.


BIASA dengar kes buli di media sosial. Kali ini anak buah saya sendiri kena. Apa salah dia? Apa salah budak sekecil enam tahun yang sepatutnya bermula pembukaan sekolah dia gembira bersama kawan-kawan lain. Namun lain jadinya apabila anak kecil ini dibuli di sekolah hanya kerana diminta duit tetapi budak sekecil ini tidak mungkin bawa duit banyak-banyak ke sekolah. 

Budak yang membulinya pula adalah budak darjah tiga. Masih terlalu mentah tetapi sudah seteruk ini. Sampai anak buah saya terpaksa menjalani pembedahan kerana retak di bahagian tulang hidung dan darah beku. 

Apa yang mengecewakan kami semua, pihak sekolah langsung tidak mengambil berat dan peka tentang hal ini. Sekolah di mana? Itu biar pihak polis sahaja yang buat siasatan. 

Kami sekeluarga benar-benar terkilan dengan setiap cikgu-cikgu bahkan ketua sekolah atau Guru Besar sekolah itu sendiri yang tidak mempedulikan kes sebegini hanya demi menjaga nama baik sekolah. Sungguh mengecewakan. 

Saya percaya dengan kuasa viral ini, maka cikgu-cikgu pasti mengenali susuk tubuh kecil ini yang berjuang sendiri melawan sakit ini. 

Antara simptom yagn anak buah saya terpaksa lalui: 
  1. Darah beku di hidung
  2. Retak tulang hidung
  3. Jangkitan kuman dalam darah
  4. Terpaksa melalui antibiotik selama 10 hari

Boleh korang bayangkan kah? Cik Siti ini ibunya yang terpaksa tinggalkan baby 7 bulan di rumah semata-mata untuk berulang-alik ke hospital menjaga anaknya. 

Jadi saya mohon untuk share stataus ini agar terus sampai kepada pihak berkenaan. Sebab pihak sekolah tidak bertanggungjawab dan tidak menjaga kebajikan murid. 

REAKSI NETIZEN




from The Reporter https://ift.tt/2NLvtWo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/37tUSeU
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...