loading...

Monday 20 January 2020

(Video) Runtuhkan rak roti Gardenia, punca mamat ni kena pukul di persimpangan lampu isyarat


Belum reda kes samseng jelir lidah tempoh hari, kini muncul pula kes seorang lelaki yang memandu kereta Proton Saga BLM dibelasah di persimpangan lampu isyarat. 

Berdasarkan video viral di media sosial hari ini, mangsa diserang oleh dua lelaki menggunakan kayu hoki tanpa belas kasihan. 

Mangsa yang hanya memakai seluar pendek ditarik keluar dari kenderaannya dan dipukul dengan kayu hoki bertubi-tubi. Mangsa cuba mengelak dan merayu tidak dipukul, tetapi tidak diendahkan. Sebalik dua lelaki itu berterusan memukulnya tanpa menyedari perbuatan mereka itu dirakam pengguna jalan raya. 

Tidak beberapa lama kemudian, beberapa orang awam datang dan cuba meleraikan kekecohan itu. Perakam video juga sempat merakam nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan oleh suspek. 



Berdasar video ketiga, mangsa terdahulu dilihat datang ke sebuah premis perniagaan dan menendang motosikal pelanggan tanpa sebab sehingga kenderaan itu terjatuh, membuatkan pemiliknya terkejut seketika.

Suspek kemudian pergi ke hadapan kedai itu dan menolak dua rak sehingga terjatuh dan roti-roti berterabur.


Sumber: Anak Kampung


from The Reporter https://ift.tt/2TGCvPW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ucF1my
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...