loading...

Tuesday, 21 January 2020

(Video) 'Kau tak sama level dengan anak aku, jangan mimpi nak jadi suami dia!' - Ibu marah penjaja makanan yang bercinta dengan anaknya


Video seorang ibu memarahi penjaja makanan di tepi jalan viral di media sosial sejak 19 Januari 2020. 

Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu, si ibu sedang membebel memarahi lelaki berkenaan yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan anak perempuannya. 

Tetapi hubungan mereka tidak dapat diterima oleh si ibu yang kemudian datang bersama dengan anak perempuannya berdepan dengan lelaki itu.

Dengan nada suara yang tinggi si ibu berkata bahawa lelaki itu tidak layak bercinta dengan anaknya. 

"Kau tu tak sama level dengan anak aku. (Apa tahap) pendidikan kau berbanding dengan anak aku? Status kau tu cuma berniaga macam ni (menjaja di tepi jalan). 

"Ini yang kau nak bangga kan? Macam ni nak jadi suami kepada anak aku?!" kata wanita itu sambil menunjuk-nunjuk muka lelaki itu sebelum mengambil penutup periuk dan mencampakkannya ke lantai. 

"Sampai bila pun, jangan berminpilah nak jadi suami kepada anak aku, paham!?" tegasnya yang kemudian menarik tangan anaknya pulang. 


Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal dengan sikap angkuh si ibu. 

"Kalau ye pun tak nak terima lelaki itu, tak payahlah nak merendah-rendahkan dia," kata netizen. 

Sumber: Sosok


from The Reporter https://ift.tt/36gzLLG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3awhT2X
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...