Menurut laporan Harian Metro, bayi perempuan itu dikatakan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dan ibu bapanya hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh klinik swasta pada jam 4.45 petang.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.
Siti Madihah Muhammad, 33, ibu kepada Tengku Aamina Tengku Mohd Ikhwan kesal pihak taska tidak memaklumkan perkara itu lebih awal kepada mereka.
Menurut Siti Madihah, dia menghantar anak keduanya itu ke taska yang terletak di bawah rumahnya dalam keadaan sihat pada jam 6.45 pagi. Pada jam 4.45 petang dia dimaklumkan oleh kakitangan klinik swasta untuk datang segera bagi melihat keadaan anaknya.
"Saya yang baru tiba di rumah, cemas selepas mendapat perkhabaran itu sebelum bergegas ke klinik berkenaan untuk melihat keadaan Aamina. Tidak lama selepas itu, baru pemilik taska menghubungi dan memaklumkan Aamina sudah tiada. Saya terus menghubungi suami memaklumkan kejadian," katanya.
Berdasarkan maklumat dari pemilik taska, mangsa sebelum itu tidur pada jam 2.30 petang dan ditemui dalam keadaan terlangkup dan tidak sedarkan diri.
Pihak taska kemudian membawa mangsa ke klinik tersebut, namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
"Saya terkilan kejadian ini berlaku kerana pengasuh sepatutnya perlu memantau bayi di bawah jagaan mereka kerana Aamina sudah pandai meniarap.
"Saya dan suami reda dengan kejadian ini, namun masih berharap keadilan untuk Aamina selain membiarkan siasatan lanjut dilakukan polis," katanya.
Ekoran kejadian itu, pengendali taska berkenaan dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis. Setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Laporan bedah siasat juga mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah. Tetapi laporan analisa makmal bagi mengesahkan punca kematian mangsa masih belum diperolehi.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2G8pcA2
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36a7AOP
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment