Apa sahaja kemahuannya, si isteri telah cuba menunaikan. Tetapi lelaki ini bagaikan tidak mengenang budi dan lebih rela mengkhianati isterinya sehingga menyebabkan rumah tangga mereka retak.
Bukan itu saja, malah dia tergamak mengatakan isterinya tidak cantik sedangkan itulah wanita yang dipilih dan dinikahinya untuk hidup bersama.
Gagal mengawal nafsu, akhirnya lelaki ini melakukan zina dengan perempuan yang dikenali melalui aplikasi bernama 'Omi'.
BISMILLAHITAWAKALTUALALLAH
Kepada semua, saya bukanlah nak membuka aib sesiapa atau aib sendiri, tetapi sebagai isteri tahap kesabaran saya ada hadnya.
Hari ini kebahagiaan saya hancur musnah disebabkan orang ketiga dan ketidaksetiaan seorang suami terhadap isterinya. Allahu, berat sungguh ujianMu kepadaku Ya Allah.
Pada 6 Disember 2019, anak kami dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat. Tetapi mana tanggungjawab seorang ayah? Apabila anak sakit, diah anya datang melawat sekejap-sekejap. Tetapi saya masih tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggap dia sibuk.
Rupa-rupanya malam itu dia pergi berjumpa dengan perempuan bernama Dayah yang dikenalinya dari aplikasi 'Omi'.
Sejak kebelakangan ini, hubungan kami tidak seperti pasangan suami isteri. Tidur pun berasingan. Saya cuba untuk mengambil hati suami. Tetapi respon yang diberi tidak seperti yang disangkakan.
Dia pernah berkata, saya tidak cantik tetapi sayam asih bersabar walaupun hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Pada 4 Januari 2020, hati saya tergerak untuk memeriksa handphone suami, sememangnya handphone dia sentiasa ada password yang saya sendiri tidak boleh tahu. Tapi dengan petunjuk Allah, saya dapat buka dan betapa luluhnya hati saya.
Ya Allah, baca setiap perbualan yang luar jangkaan saya, dengan gambar-gambar yang sangat menjengkelkan. Ya Allah.. Ya Allah.. Kau kuatkanlah aku Ya Allah.
Dengan hati yang kuat, saya contact perempuan itu untuk kepastian. Sekali lagi hati saya remuk apabila perempuan itu (Dayah) mengaku setiap perbuatan dia bersama suami.
Allah, saya tidak sanggup mendengar, tetapi inilah ujian paling besar dalam hidup yang saya kena lalui. Saya percaya Allah memang sayangkan saya, sebab itu saya diuji seperti ini.
Wahai suamiku, sebab itulah rezeki kita tidak pernah cukup. Tanpa awak sedar, sedikit demi sedikit ditarik.
Awak nak WiFi, saya pasangkan. Rumah tak ada TV, kesian kat anak, saya belikan. Saya carikan kerja, awak mengeluh cakap penat. Deposit rumah saya sediakan, cincin dan rantai semua digadaikan. Apa lagi yang tidak cukup?
Ya Allah, hati saya dah hancur 1,000 kali hancur. Saya dah tak boleh nak terima suami berzina dengan orang lain. Sebelum ini banyak benda yang saya boleh telan lagi. Tetapi yang ini, Ya Allah. Saya sanggup undur diri. Hati saya betul-betul sudah tawar. Saya akan cuba untuk redha walaupun susah dan sangat pahit.
Kepada Hidayah Wahab yang anda telah block saya, ini hanya di dunia. Awak carilah saya di akhirat nanti.
Sebelum saya post, saya dah fikir dalam-dalam. Saya bukan suka-suka tetapi saya tak nak perempuan lain di luar sana tertipu lagi dengan manusia-manusia seperti ini.
Terima kasih Allah dengan petunjukMu, aku akan kuat demi anakku.
Saya mengundur diri. Assalamualaikum.
Difahamkan, laporan polis telah dibuat dan si isteri nekad membawa kes itu ke Mahkamah Syariah. Bimbang dikenakan tindakan, orang ketiga itu tampil menghubungi si isteri dan memujuknya untuk menyelesaikan masalah itu secara baik.
Nasi sudah menjadi bubur. Tiada isteri yang redha suaminya berzina dengan perempuan lain. Semoga urusan si isteri yang dianiaya ini dipermudahkan.
Sumber: Siti Suhailah
from The Reporter https://ift.tt/382RQhJ
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ah8HiW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment