Urusan untuk mengebumikan arwah anak sepatutnya berjalan lancar, namun disebabkan beberapa perkara tertentu yang dianggap tidak masuk akal, lelaki ini tidak dibenarkan mengebumi anaknya di tanah perkuburan di kampung yang didiaminya.
Perkara itu dikongsikan oleh Abam Botak melalui Facebooknya, membuatkan ramai netizen yang meluah rasa kesal terhadap pihak berkenaan.
"...pagi tadi terdapat satu jenazah bayi yang baru lahir telah meninggal dunia. Puas bapanya mencari tanah dan imam untuk kubur dan uruskan jenazah anaknya.
"Namun oleh kerana mereka tidak memiliki dokumen dan sumber kewangan yang mencukupi, bayi tersebut dinafikan untuk ditanam di tanah perkuburan dalam kawasan kampung yang mereka duduki sekarang.
"Bahkan, untuk menguruskan jenazah bayi tersebut pun tidak dapat dibuat di kampung tersebut," katanya.
Abam berkata, dia tidak akan mendedahkan nama kampung tersebut dan hatinya hancur remuk dengan perbuatan pihak kampung berkenaan yang tidak sepatutnya.
"Hati saya sangat hancur dan remuk ketika itu. Mereka itu beragama Islam, saudara seislam kita. Berapa sangatlah ruangan tanah yang akan digunakan untuk jenazah bayi yang baru lahir sehingga kita tergamak tidak menguruskan jenazah bayi tersebut," katanya.
Bagaimanapun, mujur ada pihak yang sudi membantu dan mengizinkan jenazah bayi itu dikuburkan di (TPI) Sim-sim, Sandakan.
"Ingatlah saudaraku, Allah tidak tanya apa negaramu nanti dan apa negaranya nanti. Tapi Allah akan tanya kita, apakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sebagai muslim.
"Bolehkah kita ketepikan soal kewarganegaraan si mati dalam bab kematian sebab si mati tidak boleh pun berbuat apa-apa dan tubuh badannya akan terus mereput dan membusuk jika kita tidak ingin menguruskannya," katanya.
Sumber: Abam Botak
from The Reporter https://ift.tt/35Sqc5t
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/38cUim3
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment