loading...

Friday, 4 October 2019

Perut ditendang, muka ditampar sebelum dirogol & diliwat oleh tunang sendiri


Malang nasib seorang wanita berusia 19 tahun apabila dia menjadi mangsa kekejaman tunangnya sendiri sehingga tidak tercapai dek akal. 

Sebelum kejadian itu, mangsa dipelawa bersiar-siar dengan suspek pada waktu malam dan kemudian mengatakan telefon bimbitnya tertinggal, sebagai umpan untuk mengajak mangsa balik ke bilik sewanya di Paya Pulai, Temerloh, 13 September lalu. 

Setibanya di tempat kejadian, suspek menendang perut mangsa, menampar mukanya beberapa kali sebelum merogol dan meliwat mangsa. 

Selepas kejadian itu, mangsa menjadi trauma dan takut untuk membuat laporan polis kerana telah diugut oleh suspek. 

Bagaimanapun, mangsa akhirnya membuat laporan polis kelmarin dan telah menjalani pemeriksaan yang mendapati terdapat kesan rogol dan liwat pada mangsa.

Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek lelaki berusia 21 tahun yang direman selama seminggu untuk membantu siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana merogol, meliwat dan melakukan perbuatan di luar tabii. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/332r1b0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Ope5I7
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...