Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di India terselamat selepas terjatuh ke dalam beca yang kebetulan lalu di kawasan itu.
Lapor Daily Mail, Parv Jain sebelum itu sedang bermain di balkoni tingkat dua dan hilang keseimbangan lalu terjatuh.
Mujur penunggang beca yang kebetulan lalu di lorong itu dan mangsa terjatuh ke dalam beca tersebut.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 18 Oktober lalu dan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa jatuh tepat ke dalam beca lelaki itu yang terkejut lalu memeriksa keadaan mangsa sebelum beberapa individu yang lain datang membantu.
Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam kedai sebelum dibawa oleh ibunya ke hospital untuk diperiksa. Namun doktor mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Selepas kejadian itu, ahli keluarga kanak-kanak berkenaan mengucapkan terima kasih kepada penunggang beca itu dan membeli pakaian baru dan gula-gula untuk anaknya.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/2W3sons
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Jf6to8
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment