loading...

Monday, 14 October 2019

'E-Sport hasilkan atlet boroi, atlet spec mata tebal, atlet takkan keluar peluh' - Kritik E-Sport, lelaki ini dikecam teruk oleh gamers


Baru-baru ini dalam pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen, kerajaan mengumumkan peruntukan RM20 juta untuk E-Sukan. Namun ada segelintir yang tidak menyenangi pengumuman itu kerana menganggap ianya tidak relevan. 

Zain Hafriz melalui Facebooknya menegaskan, jika E-Sport terus diperkasakan, negara akan menghasilkan atlet yang kurang sihat kerana tidak mengeluarkan peluh. 


BUAT Atlet E-Sport, jangan marah ya. Bagi saya simple je. E-Sport bukanlah sukan tetapi permainan sahaja. Ya permainan yang buat duit jika kau power. Tapi kalau level-level noob acah gud-gud, memang tak ke manalah kau. 

Sikit hari lagi kita akan nampak la atlet boroi, atlet spec mata tebal, atlet yang takkan keluar peluh setitik pun. Sebab apa? Sebab memang tak bersukan pun. Duduk depan pc ke, pos main game je. Haha. 

Selepas ini cikgu pendidikan jasmani sekolah bolehlah ajar subjek E-Sport. Tak perlu nak keluar kelas main kat padang tengah panas. Sekolah pun tak perlu keluar dana beli bola, kayu hoki dan paling best padang pun tak perlu ada. Jimat tanah kerajaan dah. 

Boleh buka mall ke, condo mahal ke, buka kedai permainan elektronik banyak-banyak. 


Kenapa saya kata E-Sport bukan sukan? Pergi beli kelengkapan pun di kedai permainan elektronik. Beli CD permainan video. Lesen kedai yang menjual pun atas lesen kedai permainan. Celah mana datangnya sukan? Kalau sukan, mestilah pergi ke kedai Alatan Sukan. Simple. 

Kesimpulannya, E-Sport bukanlah sukan tetapi hanya permainan. Permainan yang boleh buat duit jika anda power. Kalau nak bersukan, keluarlah dari rumah anda dan bersukan cara betul kekalkan gaya hidup sihat. Jaga kesihatan jantung anda. 


Aku main game juga tapi itu game, bukan bersukan. Nak bersukan kita keluar peluh. 

Bagaimanapun, netizen menyelar kenyataan lelaki itu yang tidak dapat menerima hakikat bahawa E-Sport adalah sukan dan sedang berkembang di seluruh dunia. 








Sumber: Zain Hafriz


from The Reporter https://ift.tt/2MjreRL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2VFFG9J
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...