28 Oktober lalu, seorang pakar pediatrik di Pakistan didakwa menjangkitkan hampir 900 kanak-kanak berusia 12 tahun dengan HIV kerana dia menyuntik mereka menggunakan jarum suntikan yang telah dibuang ke dalam tong sampah.
Dr Muzaffar Ghanghro merupakan doktor yang menawarkan perkhidmatan termurah di Pakistan dengan mengenakan caj sebanyak 80 sen bagi setiap pesakit yang datang bertemu dengannya. Namun, melihat pada caranya merawat pesakit, adalah amat menyedihkan.
Bapa kepada salah seorang mangsa berkata, dia melihat dengan matanya sendiri Dr Ganghro mengambil jarum suntikan terpakai dari tong sampah untuk menyuntik anaknya berumur 6 tahun yang kemudian disahkan positif HIV.
Apabila si bapa mula protes, doktor itu menjelaskan dia tidak mempunyai wang untuk membeli jarum suntikan yang baru.
Ibu bapa kepada tiga lagi kanak-kanak yang dijangkiti HIV juga menuduh doktor itu menggunakan jarum suntikan yang sama untuk menyuntik 50 kanak-kanak yang lain tanpa menukarnya dengan jarum suntikan baru.
Semenjak insiden itu, doktor terbabit telah ditahan dan didakwa cuai dan menganiaya pesakitnya sendiri selepas ibu bapa mangsa-mangsa terlibat membuat laporan polis terhadapnya.
Sumber: The Sun
from The Reporter https://ift.tt/2WrzoL8
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2N0zPsB
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment