Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM8,250 terhadap seorang pemilik kedai telefon kerana menyimpan 55 video lucah di dalam telefon pintarnya.
Majistret Nur Farahain Razlan menjatuhkan hukuman itu selepas See Foo Hoong, 36, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya itu.
Berdasarkan pertuduhan, See Foo didakwa memiliki 55 video lucah di simpan dalam iPhone di sebuah kedai di Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling, pada jam 12.30 petang, 25 Oktober 2018.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan (Akta 574) jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Nazrul Nizam Zameri, manakala tertuduh diwakili peguam KT Tang.
Sebelum itu, Tang merayu agar anak guamannya itu dikenakan hukuman ringan berbentuk denda kerana tertuduh perlu menanggung keluarga dan sudah insaf serta kesalahan itu adalah kesalahan pertamanya.
Namun, Nazrul memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/34imbXT
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/331VztK
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment