Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terjatuh buaian di sebuah funfair di Perancis.
Mangsa berusia 24 tahun meninggal dunia selepas buaian mereka yang berada di ketinggian 15 meter 'tercabut dan tercampak ke tanah.
Kenderaan pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian tidak beberapa lama kemudian, malangnya mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
Mangsa kedua berusia 20 tahun dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah dalam kejadian yan gberlaku pada malam Isnin. Keadaannya kini sangat kritikal.
Menurut saksi, angin bertiup kuat pada hari kejadian yang mungkin menjejaskan permainan buaian tersebut.
Polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian dan empat suspek termasuk pemilik dan pengendali permainan itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Independent
from The Reporter https://ift.tt/33AL0Oo
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2pljW71
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment