loading...

Saturday, 5 October 2019

(Video) 'Kim*k ah! Kau main dengan bini aku si*l!' - Suami jealous belasah doktor didakwa kacau isterinya


Viral di media sosial klip video seorang lelaki mengamuk dan membelasah doktor di sebuah klinik swasta di Bangi kerana dituduh keluar dengan isteri suspek, dipercayai berlaku di Bandar Baru Bangi. 

Berdasarkan rakaman video tersebut, suspek menumbuk, menghempas dan menendang doktor terbabit bertubi-tubi kerana tidak berpuas hati dengan mangsa setelah mendapat bukti video rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut pengguna Twitter, Dxniallee, suspek adalah abang iparnya itu bertindak demikian kerana rasa cemburu di mana suspek yang baru pulang dari Dubai.

"Keluarga saya dengan keluarga belah sana pun dah jumpa doktor itu, bincang elok-elok supaya jangan berkawan lagi dah, sebab masing-masing sudah berkahwin kan.

"Dah settle, diorang pun tak jumpa lagi and my sis continue focus with her job. And today my brother in law balik KL terus serang doktor itu without any explaination. Padahal this case dan settle. Benda ni jadi kes polis sebab serang orang secara tiba-tiba," jelasnya. 


Tambahnya lagi, abang ipar dia kuat cemburu dan kakaknya bosan dengan perangai dia yang suka menuduh perkara yang bukan-bukan.

"Siapa je tahan kan hari-hari dituduh bukan-bukan padahal orang tu sibuk bekerja and dia rasa diri tu tercabar. Sekali mimpi my brother in law tu jadi kenyataan la sebab dok selalu menuduh bukan-bukan, jealous tak tentu pasal since diorang engaged lagi," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya ada menerima lapoan seorang doktor berusia 32 tahun dipukul di dalam sebuah klinik. 

Suspek btelah dipanggil untuk diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2IrzuNb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31KOld4
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...