loading...

Tuesday, 15 October 2019

Hantar anak ke taska, pra-sekolah JKM, ibu bapa boleh tuntut pelepasan cukai RM2,000


Ibu bapa boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM2,000 jika mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak atau pra-sekolah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berbanding RM1,000 sebelum ini.

Pelepasan cukai itu antara peruntukan menarik terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat buat kali pertama hari ini.

Menurut RUU itu yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, pindaan tersebut berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun berikutnya.

Menurut buku RUU yang diedarkan kepada media hari ini, RUU itu juga menggariskan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 diberikan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan bagi penyakit serius yang diperluaskan untuk merangkumi kos rawatan kesuburan.

RUU itu dibentang bagi mewujudkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Jualan 2018, Akta Kewangan 2010 dan Akta Kewangan 2018.

Selain itu, RUU tersebut juga memasukkan subseksyen baharu iaitu pemberian rebat cukai ke atas levi pelepasan dibayar di bawah Akta Levi Pelepasan 2019 oleh seorang individu yang meninggalkan Malaysia melalui udara untuk menunaikan umrah atau ziarah agama lain.

Perbahasan RUU itu untuk bacaan kali kedua dijangka dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini yang berlangsung sehingga 5 Dis depan.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2Bpxhhr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33yQcSW
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...