Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Kaherah, maut selepas didera selama beberapa tahun oleh neneknya dan lebih teruk lagi, mangsa turut dirogol oleh bapa saudaranya.
Mangsa, Ganna Mohamed Samir Hafez, dimasukkan ke hospital minggu lalu selepas bapanya menemui kesan kecederaan di tubuh mangsa selain kemaluannya juga mempunyai kesan melepuh.
Kaki mangsa turut menjadi gangren akibat kecederaan yang dialami sehingga terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya.
Bagaimanapun, Ganna tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia ketika diberi rawatan.
Laporan bedah siasat mendedahkan, Ganna meninggal dunia kerana kecederaan parah di badan, selain mengalami kegagalan jantung dan keracunan dalam darah.
Difahamkan, mangsa tinggal bersama nenek dan kakaknya, Amani, 6, selepas si nenek diberi hak penjagaan selepas ibu bapa kanak-kanak itu bercerai.
Suspek dipercayai mendera Ganna dan Amani selama beberapa tahun dan turut dicucuh dengan api dan diserang menggunakan senjata tajam. Anak suspek juga mengambil kesempatan merogol Ganna.
Ekoran kematian mangsa, suspek telah ditahan atas tuduhan mendera, tetapi suspek menafikan dakwaan tersebut.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2VcKIdo
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2MiLNfG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment