Filem Joker yang baru ditayangkan di pawagam mendapat banyak respon positif dan tidak kurang juga negatif dari penonton. Ada yang kata filem itu tidak bermanfaat langsung untuk ditonton sehingga penulis itu pula dikecam netizen.
Berbeza dengan kes seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ini yang meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat menonton filem tersebut.
Difahamkan, Lam Riaz berhajat menonton filem itu dan telah membelanjakan wang sebanyak RM80 untuk tiket masuk. Tiba pada hari kejadian, dia telah dihalang oleh kakitangan Golden Screen Cinema atas sebab umurnya tidak melayakkan dirinya untuk menonton filem Joker yang menetapkan syarat hanya untuk golongan 18 tahun ke atas sahaja.
"Kisahnya nak tengok filem Joker, tapi bawah umur tak boleh tengoklah pula. Adeh, burn RM80 macam tu je la. Kalau tengok gak, dia (kakitangan GSC) kata kena denda RM30,000 dan penjara dua tahun.
"Dah beli baru bagitahu. Jawabnya tengok dekat handphone secara haram je la," tulisnya di Facebook Group Movie Addict kerana terlalu kecewa.
Berdasarkan komen balas Lam di post tersebut, dia sedar bahawa filem Joker itu hanya menetapkan penonton berusia 18 tahun ke atas sahaja. Namun dia tetap mahu menontonnya kerana rakannya berjaya lepas masuk untuk menonton filem tersebut sehari sebelum kejadian.
"Awal-awal kawan pergi tengok tak ada masalah pun. Dia umur 17 tahun juga. Sebab itu saya dan geng nak pergi tengok juga. Masuk-masuk tu terus diorang minta IC macam kena tahan roadblock. Last-last dia kata nak ambil risiko kena penjara ke tak? Jadi balik macam tu je la."
Setelah tidak berjaya masuk ke panggung, Lam cuba meminta wang dikembalikan atau menukar tiket itu dengan filem yang lain, tetapi gagal berbuat demikian atas sebab tidak dibenarkan oleh GSC.
"Diorang dah beritahu tak boleh refund atau tukar movie lain. Memang burn macam tu je la duit tu.
"Masalahnya saya nak tengok secara halal je. Movie Joker pun dah keluar kat fon. Jadi, daripada tengok secara haram, bak saya tengok secara halal.
"Jadi nak kata perbuatan saya ini memang tak baik la? Tak apa kalau macam tu, nanti semua movie tunggu keluar secara haram je."
Ada segelintir netizen yang menyuruh Lam masuk saja biarpun diberi amaran kerana kononnya tiada penguatkuasa yang akan 'ambil port' untuk melaksanakan undang-undang. Namun, golongan ini diselar netizen lain kerana mengajar remaja itu untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Apa pun, netizen menegaskan orang ramai perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Sumber: Movie Addict
from The Reporter https://ift.tt/318NNfT
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2MCwJKa
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment