Menurut individu yang berkongsi mengenai kejadian itu di Twitternya, Kid, 22, berkata, dia terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak berusia antara 5 hingga 6 tahun, ketika keluar dari rumahnya untuk pergi menunaikan solat Jumaat pada jam 1 tengah hari.
"Masa keluar dari rumah, saya ada nampak budak-budak bermain di koridor dan baling benda dari tingkat atas. Tapi tak tahu apa yang mereka baling.
"Bila saya turun bawah pergi ke tempat letak motosikal, terkejut ada benda jatuh dan bila didekati, rupanya seekor anak kucing.
so today before keluar aku nampak ada budak budak campak benda dari tingkat 2, aku biar jela aku igtkan sampah and bila aku turun pergi kat motor rupanya pic.twitter.com/wtWXx2AJMk— Kotoamātsukami (@lildumbasskid) October 18, 2019
"Luluh hati saya melihat ada yang sanggup membuang anak kucing dari tingkat atas," katanya.
Kid kemudian mengangkat anak kucing itu dan meletakkannya di tepi laluan serta terus naik semula ke tingkat dua untuk menyoal sekumpulan kanak-kanak terbabit.
"Saya tanya, apa yang mereka lakukan? Budak-budak itu diam sahaja. Saya juga bertemu dengan keluarga mereka dan menceritakan hal sebenar.
"Memang keluarga mereka sangat marah dan ucap terima kasih kepada saya kerana menguruskan bangkai anak kucing itu," katanya.
Difahamkan, id bersama seorang lagi jirannya menanam bangkai kucing itu berhampiran kawasan pangsapuri sebelum menunaikan solat Jumaat.
Menurut Kid, dia selalu memberi makanan kepada kucing-kucing tidak bertuan itu termasuk anak kucing yang mati dicampak itu.
Apa yang berlaku membuatkan Kid marah dan sebak kerana anak kucing itu dianiaya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kid menyeru ibu bapa di luar sana mendidik anak-anak menyayangi haiwan, bukannya menganiaya sehingga meragut nyawa haiwan.
Sumber: Sinar Harian, @lildumbasskid
from The Reporter https://ift.tt/31E0wrg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2W2mS4r
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment